Senin, 21 Mei 2012

ERNEST RUTHERFORD (1871-1937)


    Ernest Rutherford dilahirkan di Nelson, New Zealand dan mendapat pendidikan di University of New Zealand dan University Of Cambridge. Beliau telah menjadi pemenang Anugerah Nobel untuk teorinya tentang stuktur atom. Beliau ialah seorang proffesor fisik di University McGill di Montreal dari tahun 1898 sahingga 1907 dan di University Of Manchester, England pada 12 tahun berikutnya. Sejurus selepas penemuan radioaktif pada tahun 1896 oleh seorang ahli fisik Francis,Antoine Henry Becquerel, Ernest Rutherford mengenal pasti tiga komponen utama radiasi dan menamakan mereka alpha, beta dan gamma rays. Dalam tahun 1919, Rutherford menjalankan satu eksperimen yang penting dalam nuclear fisik apabila beliau membuat pemadatan gas nitrogen dengan alpha particles dan menjumpai atom dari oksigen, isotop dan proton. Ini menggerakkkan lagi penyelidikan yang intensif bagi sainstis-sainstis selepasnya berhubung dengan pemindahan nuclear pada alam semulajadi dan properties radiasi. Rutherford dan ahli fisik British Frederick Soddy menggambarkan penerangan tentang radiasi bagi penerimaan sainstis hari ini. Rutherford telah dilantik sebagai salah seorang ahli dari Royal Society pada tahun 1903 .Pada tahun 1911, Ernest telah berjaya menemui zarah bercas positif yang dipanggil PROTON. Beliau telah mengemukakan model atomnya yang menyatakan bahawa hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat dan bercas positif . Kawasan ini dipanggil nukleus dan nukleus hanya mengandungi Proton saja. Teori ini juga menyatakan bahawa bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron. Ernest juga menyatakan bahawa kebanyakan bagian dalam atom merupakan RUANG KOSONG. Apa yang penting dalam teori ini ialah elektron bergerak dengan cepat mengelilingi nukleus pada jarak yang berlainan .

0 komentar:

Posting Komentar